Kampung Masjid Betong telah dicalonkan untuk menyertai Pertandingan Kesejahteraan Kampung bagi menilai kampung yang akan mewakili Bahagian Betong ke Anugerah Desa Sejahtera Satu Malaysia (ADS1M) peringkat Negeri Sarawak.
Pemilihan kali ini merupakan satu cabaran bagi JKKK Kampung Masjid Betong kerana tempoh yang amat singkat untuk menyediakan dokumen bagi penilaian yang akan diadakan pada 26 Jun 2014 oleh hakim penilaian.
Walaupun tempoh yang diberikan oleh pihak urusetia pertandingan begitu singkat, namun berkat kerjasama dan dokumentasi yang sedia ada maka cabaran ini diterima dengan terbuka oleh semua ahli jawatankuasa dengan kerjasama penduduk kampung.
Dalam pada itu semua urusan dapat dijalankan dengan baik dan akan cuba melakukan yang terbaik demi masyarakat Betong dan pemimpin yang sentiasa memberikan perangsang dalam memajukan diBetong.
Pada dasarnya untuk penghakiman ADS1M, penilaian dari Aspek Kepimpinan dan Pentadbiran difokuskan dengan teliti dan cuba diuruskan sebaiknya.
Begitu juga dari Aspek Pendidikan dan Latihan, bila mana ahli jawatankuasa yang ada dibantu oleh anak kampung telah melihat keperluan untuk memberi penekanan pendidikan untuk mereka berjaya. Dengan memberikan pendidikan kelas tambahan (tuisyen) kepada pelajar mereka mampu menghasilkan anak kampung yang berpendidikan.
Apapun dari segi pendidikan ianya amat diutamakan dan menyumbang kepada Aspek Ekonomi dan Usahawan bila sebahagian besar anak kampung merupakan penjawat awam dan menyumbang kepada ekonomi negara. Meskipun daripada faktor penilaian aspek yang ditekankan hanyalah untuk petani, nelayan dan penternak sahaja yang digunapakai tetapi ekonomi yang kami tekankan merangkumi pendidikan dan pekerjaan yang mampu kami sumbangkan kepada negara.
Jika dinilai Aspek Patriotisme dan Kemerdekaan dengan sendirinya sejarah kemerdekaan terus langsung dapat dilihat dengan kewujudan bangunan Kubu Lili yang masih tersergam kukuh bersebelahan kampung dimana bangunan sejarah sebelum merdeka terus kekal hingga kini dan dapat menjadi ingatan anak kampung.
Pun begitu memang tidak dapat disangkal Aspek Kerohanian dan Kemasyarakatan bukan menjadi alasan untuk tidak dijalankan bilamana Masjid merupakan tempat menjalankan aktiviti agama yang pastinya setiap hari pasti kewajipan menunaikan perintah agama disempurnakan. Lantaran itu aspak kerohanian tetap kekal wujud kepada anak kampung yang hidup dalam bermasyarakat disini.
Untuk merangkumkan nilai Aspek Kebersihan, Kesihatan dan Kecerian dalam penilaian yang difokuskan kepada satu kejayaan pemimpin sedia ada yang telah menyediakan jawapan yang tepat dengan adanya sistem berjadual pembuangan sampah sekitar kampung agar sentiasa bersih dan anak kampung yang sihat. Disamping itu, sistem sanitari yang lengkap disediakan diseluruh kampung serta sistem perparitan yang sentiasa ditambah baik. Hal ini dapat memberikan keceriaan kepada kampung.
Seiringan dengan itu Aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi ditokok tambah dengan kemahiran anak kampung yang terpelajar dan sokongan bahan yang disediakan oleh kerajaan terus membuka jaringan dengan dunia luar. Kewujudan Blog JKKK Kpg Masjid Betong juga memberi sebaran maklumat kepada sesiapa sahaja yang ingin mengetahui tentang kampung ini. Selain itu, wujudnya laman Facebook yang dapat terus memberi infomasi dan perbualan dengan rakan yang lain.
Lagipun kepimpinan yang mantap dengan gabungan bekas pesara guru yang menjadi pemimpin kampung yang diterajui memiliki personaliti yang lengkap dari segi penilaian sebagai seorang ketua.
Dengan gandingan yang lebih sesuai dan berkebolehan telah dibantu oleh Setiausaha yang juga seorang Guru Besar. Berkaliber untuk terus memimpin serta berpersonaliti menarik memberikan keyakinan untuk Kampung Masjid Betong sebagai sebuah kampung yang berjaya mencapai kejayaan dan disegani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan