PROFIL KAMPUNG

SEKAPUR SIRIH








KK ABANG DAHLAN BIN ABANG SULAIMAN
Pengerusi JKKK Kampung Masjid Betong

Bismillahhirahmannirahim.. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah Subahana Wa Ta’ala kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kita menghidupkan Blog Kampung Masjid Betong ini. Walaubagaimanapun payah untuk kita mewujudkan Blog kampung ini jika tidak dengan kerjasama semua pihak terutama pihak ahli jawatankuasa yang bertungkus lumus untuk mendapatkan maklumat yang amat diperlukan bagi menyiapkannya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli jawatankuasa yang tidak pernah mengenal penat dan lelah untuk memastikan kesempurnaan bagi setiap ruang Blog ini. Sebetulnya bak kata pepatah “Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”. “Bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat”.

Semoga dengan wujudnya Blog Kampung ini kita sama-sama mendapat manfaat darinya. Sekian, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

KK Abang Dahlan bin Abang Sulaiman
Pengerusi
JKKK Kampung Masjid Betong








SEJARAH KAMPUNG

Sir Charles Vyner Brooke ialah Raja Negeri Sarawak yang ketiga. Sekitar tahun 1895 ketika pemerintahannya, beliau telah membina sebuah kubu untuk pertahanan dari serangan musuh. Beliau menamakan kubu berkenaan dengan nama Kubu Lily bersempena nama isteri beliau.

Sebelum kubu tersebut di bina, orang Melayu tinggal di Kampung Kepayang iaitu sebuah kawasan yang berhampiran dengan Muara Padeh yang sekarang merupakan sebuah kawasan penempatan kaum Iban. Selepas pembinaan kubu tersebut, kerajaan yang masih dibawah pemerintahan Sir Charles Vyner Brooke mengarahkan penduduk Melayu yang menghuni di Kampung Kepayang berpindah berdekatan dengan Kubu berkenaan bagi membantu mempertahankan dari serangan musuh.

Penempatan pertama orang Melayu ialah di tepi sungai Layar yang lebih dikenali sebagai Tanjung Betong. Penduduk yang menduduki kawasan tersebut terdiri diantara tujuh atau lapan buah rumah sahaja yang terdiri daripada keluarga Abang Abdul Kadir. Beliau merupakan anak lelaki kepada Datuk Patinggi Udin (Datuk Patinggi Yang Kelima) memerintah Saribas.

Betong mendapat nama atas persetujuan bersama kaum Iban dan kaum Melayu ketika itu kerana di kawasan tersebut ditumbuhi oleh sejenis buluh yang dikenali dengan nama buluh betong. Sejak dari itulah Betong mendapat nama dan tercatat dalam sejarah.

Kampung Masjid pula merupakan kawasan yang paling awal didiami dan kedudukannya yang berhampiran dengan Kubu Lily mengesahkan ianya adalah kawasan awal diterokai. Disebabkan persempadanan kawasan kampung maka kawasan yang berdekatan dengan masjid ini dinamakan Kampung Masjid

(Sumber maklumat/ kisah diperolehi daripada :
Allahyarham Penghulu Haji Abang Rosli Bin Abang Ahmad)







MAKLUMAT ASAS KAMPUNG

Nama Kampung
KAMPUNG MASJID BETONG

Negeri
SARAWAK

Daerah
BETONG

Mukim
KAMPUNG MELAYU BETONG

JKKK
KAMPUNG MASJID BETONG

Parlimen
P 204 BETONG

Ahli Parlimen
YB DATUK ROBERT LAWSON CHUAT

Dewan Undangan Negeri
N.36 LAYAR

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
YB GERALD RENTAP JABU

Penghulu Mukim
TUAN HJ. ABG ZAWAWIE BIN ABG RAJIT







LOGO JKKK KAMPUNG MASJID BETONG





PENGERTIAN LOGO

BULATAN YANG BERJALUR :
Menggambarkan dunia yang penuh dengan cabaran.

JAMBATAN :
Penghubung atau jalinan antara satu sama lain.

WARNA :
Biru- Perpaduan sentiasa di amalkan oleh setiap penduduk kampung.

Merah - Berani mengharungi pelbagai dugaan yang datang.

Putih – Bersih dan sentiasa berfikiran positif

Kuning – Megah dan sentiasa disanjung tinggi oleh setiap lapisan masyarakat

Hijau – Islam adalah agama rasmi.

Hitam – Kreatif dan matang dalam pengurusan








VISI DAN MISI


VISI

PENGURUSAN TELUS, KEMAJUAN BERTERUSAN, KEAMANAN BERPANJANGAN


MISI
KAMPUNG YANG MAJU DAN MEMBANGUN SEIRING DENGAN KEMAJUAN NEGARA;

SEBUAH KAMPUNG CONTOH DAN BERPOTENSI MELAHIRKAN GRADUAN DALAM PENDIDIKAN;

KAMPUNG YANG BERSIH, CERIA DAN SELAMAT;

MAMPU BERSAING DI PERINGKAT GLOBAL.








INFO PENDUDUK

Bil. Rumah
68 buah

Bil. Penduduk
516 orang

Bil. Keluarga
122 keluarga

Jantina
Lelaki - (249 orang) / Wanita - (267 orang)

Umur
65 tahun ke atas
Lelaki - (10 orang) / Wanita - (16 orang)

41 – 64 tahun
Lelaki - (68 orang) / Wanita - (79 orang)

20 – 40 tahun
Lelaki - (64 orang) / Wanita - (59 orang)

13 – 19 tahun
Lelaki - (35 orang) / Wanita - (32 orang)

7 – 12 tahun
Lelaki - (37 orang) / Wanita - (41 orang)

5 – 6 tahun
Lelaki - (23 orang) / Wanita - (25 orang)

0 – 4 tahun
Lelaki - (12 orang) / Wanita - (15 orang)